Archive for the ‘Hadits’ Category

Bawang Putih Dan Bau Mulut

Posted: Mei 8, 2011 in Hadits

Abu Ayyub r.a meriwayatkan katanya: “Adalah Rasulullah SAW apabila baginda didatangkan makanan maka baginda memakan sebahagiannya dan yang lebihnya dikirim kepada ku. Pada suatu hari baginda mengirimkan kepada ku makanan yang lebih yang tidak pun dimakan sebahagiannya kerana padanya ada bawang putih. Saya bertanya kepada beliau: “Apakah ia haram? Baginda bersabda: “Tidak. Tetapi aku tidak menyukainya kerana baunya. Abu Ayyub berkata: “Sesungguhnya saya tidak menyukai apa yang anda tidak menyukainya.” (lebih…)

Iklan

BAKHIL MESKIPUN KAYA

Posted: Mei 7, 2011 in Hadits

Dari Abdullah bin Mas’ud, katanya: ”Bersabda Rasulullah s.a.w. “ Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah (atom) dari sifat takbur (sombong).” Berkata seorang laki-laki: “Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus.” Berkata Rasulullah s.a.w. “Sebenarnya Allah itu bagus dan cinta kepada kecantikan); takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain.”